Wednesday 3 August 2016

Buat Mereka yang Masih Belum Bersuami



Buat Mereka yang Masih Belum Bersuami
==================================
.
Setiap kita ada ujiannya. Ada wanita yang sudah dapat suami baik dan soleh, namun diri sendiri tidak menghargai. Lelaki lain yang dicari. Mencari bahagia didalam dosa. Sedangkan bahagia yang beroleh pahala tidak dihiraukan didepan mata.
.
Ada wanita diuji dengan suami jahat dan zalim. Manis bicara sebelum berkahwin tidak seindah yang disangka.
.
Bersabarlah duhai hati dan teruslah berdoa.
.
# Mungkin, Allah menyediakan masa buat kalian untuk mempersiapkan diri menjadi isteri yang baik, bertanggungjawab dengan penuh bersabar.
.
# Mungkin Allah mahu siapkan kalian sebagai isteri dan juga ibu yang terbaik dan bertanggungjawab. Ketahuilah bahawa dunia sebagai isteri dan ibu itu jauh lebih mencabar dan melelahkan. Bukan bebelan yang menjadi habuan. Sebaliknya kesabaran yang menjadi ukuran. Sungguh! Ia tidak mudah seperti mana dilafazkan!
.
# Mungkin juga Allah mahu selamatkan kalian dari menjadi isteri dan ibu yang derhaka. Ramai yang terlupa akan perkara ini. Hempasan pinggan mangkuk, barang rumah yang menjadi mangsa. Kutukan dan kritikan dibelakang suami kepada mereka yang tidak punya autoriti. Mengadu hal suami sendiri kepada lelaki asing yang tiada kaitan.
.
Segala kemungkinan ada!
.
Ketahuilah semua itu adalah ujian. Jangan tertipu dengan kesenangan dan kemewahan dunia yang sedikit.
.
Carilah bahagia yang beroleh pahala. Bukan bahagia yang mengundang dosa. Kelak kita mati, segalanya kita tinggalkan. Kerjaya yang diburu, duit kekayaan yang dicari, pangkat, darjat, harta semuanya ditinggal sepi.
.
Yang ada hanya dosa atau pahala yang dibawa. Balasan Syurga atau Neraka yang menanti.

Credit to Kekanda Mardiana Bt Mat Ishak

#sabar #syurga #sayapengedarshaklee

No comments:

Post a Comment