Mungkin ada yang rasa mengucup anak yang sedang tidur itu satu yang tiada manafaat kerana ia bersifat sehala (yer la, anak pun sedang tidur dan mungkin tak sedar dan tak perasan pun kan?).
Tapi, satu hari pasti mereka tanpa sedar tahu itu berlaku pada mereka walaupun hanya pada satu malam sahaja. Lebih terkesan lagi jika mereka perasan anda mengucupnya sekali dan menganggapnya anda sentiasa melakukannya dan mungkin setiap hari berbanding anda mengucupnya sekali sekala semasa dalam keadaan sedar.
Kerana kucupan dalam tidur dalam keadaan tidak sedar itu adalah satu tanda keikhlasan kasih sayang tanpa mengharapkan balasan!
Lagi baik jika dibisikkan juga ke telinga anak, "Ummi sayang Kakak" tanpa mengharap balasan "Kakak pun sayang Ummi jugak".
Pendekatan psikologi begini mampu merapatkan anak dengan ibu bapa dengan tautan ghaib (tidak nampak) yang jauh lebih indah praktisnya.
Selamat mencuba
Salam sayang,
Werda2U.
Werda2U.

No comments:
Post a Comment