Monday 30 March 2015

Allah... Ampunilah kami :(

Ketaksuban untuk sharing di media sosial terkadang membuatkan kita hilang pertimbangan, hilang common sense.

Allahu Allah... Ampunilah kami, kealpaan kami...

---------

Adik: Mama..mama...cuba tengok FB adik ni.
Mama: Ye adik, kenapa dengan FB adik?
Adik: Cikgu adik post gambar kertas jawapan ujian adik kt FB.
Mama: Ye ke? Mari sini Mama tengok.
Selesai ibu kanak2 tersebut membaca post tersebut. Air mata nya jatuh berderai kerana kesedihan.
Rupa-rupanya, cikgu tersebut telah post gambar sebahagian kertas jawapan anaknya di FB yg menunjukkan anak tersebut memberikan jawapan yg salah. Mungkin kerana cikgu itu berasakan jawapan salah yg diberikan oleh anak muridnya itu kelakar, maka beliau sharekan di FB.
Lebih malang lagi, sebahagian besar rakan2 FB cikgu tersebut memberikan komen yg keterlaluan seperti "bodohnya anak murid ko ni", "soalan macam ni pun tak tau jawab ke?", "ni mesti mak bapak pun bengap", dan komen2 lain yg menjatuhkan maruah anak murid tersebut, serta keluarganya.
Pendidik itu seharusnya mendidik, dan juga cerdik.


No comments:

Post a Comment