Wednesday 3 December 2014

5 Rahsia Kenapa Saya Jatuh Cinta Dengan Vitamin E!

Bismillah...

Hati melompat2 gembira. Bulan ni bulan cinta hati saya. Hehehe... Bulan promo vitamin E. Apa kelebihan vitamin E? 

Vitamin E membantu dalam menghalang platelet darah dari pengumpalan. Kandungan vitamin E yang tinggi mengurangkan risiko gangguan arteri koronari atau penyakit jantung.

Satu lagi kelebihan vitamin E adalah untuk penjagaan kulit dan penjagaan rambut. Disebabkan kandungan antioksida yang tinggi, vitamin E menggalakkan peredaran darah ke kulit kepala. Vitamin E membantu mengurangkan keletihan dan menguatkan dinding kapilari di samping menyuburkan sel-sel.

Minyak vitamin E tulen adalah sangat serba boleh. Manfaat utama minyak vitamin E untuk kulit adalah ia dalam membantu proses penyembuhan. Memandangkan vitamin E diserap oleh lapisan epidermis kulit, ia boleh digunakan untuk merawat 'sunburn' dan melindungi anda dari matahari.

Satu lagi rahsia minyak vitamin E adalah ia juga boleh digunakan untuk merawat parut, jerawat, dan kedutan kerana ia mempercepatkan pertumbuhan semula sel baru. Ini membantu anti-penuaan, menjadikan kulit kelihatan lebih muda.

Minyak vitamin E juga memberi manfaat kepada kulit dalam membantu mengekalkan kandungan kelembapan semula jadi kulit. Minyak Vitamin E membuat kulit kusam dan kering kelihatan lebih sihat dan segar. 

www.dheartyummi.blogspot.com
Yuyu Vita Shop
0122575241

No comments:

Post a Comment