Bismillah...
Salam pagi Jumaat, salam al-Kahfi frens! Ummi memang suka hari Jumaat. Suka sangat sangat sangat :) Sesiapa yang jadi mommy pun confirm suka hari Jumaat kan? Hehehe... Faham-faham jer lah yer ;) Ok. Ummi tak nak cakap panjang pagi ni. Sekadar nak berkongsi kata-kata motivasi kat atas tu. Apa jua yang terjadi, teruskan berjalan. TANPA HENTI! Just go with the flow. Sentiasa bersangka baik dengan Allah, kerana Allah bertindak mengikut sangkaan kita.
Hadith Qudsi bermaksud:
“Aku bertindak menurut sangkaan HambaKu. Dan Aku akan selalu bersama hamba-Ku jika dia mengingati-Ku. Kalau dia mengingati-Ku didalam dirinya, Aku mengingatinya dalam diriku. Apabila dia mengingatiku di khalayak ramai, Aku mengingatinya di tengah khalayak yang lebih ramai lagi (para malaikat dan seluruh makhluk). Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, Aku akan mendekatinya (lebih dekat lagi) sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, Aku mendekatinya sedepa. Apabila dia mendekati-Ku dengan berjalan, Aku mendekatinya dengan setengah berlari.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
So sahabat2, jom terus bersangka baik dengan Allah. Teruskan berjalan...Teruskan perjuangan... Kerana apa jua yang kita lakukan, ada nilainya di sisi Allah!
Salam ukhuwwah. Salam perjuangan!
No comments:
Post a Comment