Assalamu'alaikum n morning all! Alhamdulillah, Ummi dah selesai bersarapan dengan ESP tadi. Sekarang masa untuk bekerja. Banyak kerja nak pulun ni, sebab esok petang nak balik kampung ku, bercuti sampai Rabu, menyambut kepulangan ayahbonda dari tanah suci ;)
Pagi ni, Ummi nak bercakap pasal "work hard". Tahu tak? Rasulullah SAW pernah menyatakan bahawa Allah SWT menyayangi hamba-Nya yang sentiasa melakukan kerja dengan bersungguh-sungguh & sehabis baik. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah suka seseorang daripada kamu jika dia melakukan sesuatu kerja, dia melakukannya dengan bersungguh-sungguh.”
(Hadis riwayat Muslim).
So, jom kita bekerja bersungguh-sungguh & sebaik mungkin. Selain dapat pahala sebab kerja kita tu dikira ibadah, Allah & Rasulullah pun sayang <3
No comments:
Post a Comment